DuniaSemasa

Tokoh ulama Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin meninggal dunia

AMMAN: Ulama tersohor Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan telah meninggal dunia pada malam Isnin, selepas berada dalam keadaan kritikal.

Khabar berkenaan dikongsikan oleh keluarga beliau di laman Facebook yang memaklumkan orang ramai bahawa arwah telah kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang.

“Nafas terakhirnya keluar seperti angin, dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum.”

“Kami sekeluarga memohon agar kalian sentiasa mengingati beliau dalam solat dan bercerita tentang kisah hidupnya kepada pelajar serta anak-anak pada masa hadapan,” kata Abdul Rahim Al-Tanjuji malam tadi.

Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas Asar pada hari ini.

Untuk pengetahuan, beliau telah menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang fiqh perbandingan di Universiti Al-Azhar.

Antara karya terkenal beliau adalah kitab Al-Iman. Kitab ini telah dijadikan silibus dalam subjek Akidah di University of Jordan dan banyak lagi universiti lain di luar negara.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menulis di Facebook bahawa dunia kini sedang menangisi pemergian seorang tokoh ulama di Jordan yang banyak menabur bakti kepada umat Islam.

“Penulisannya menzahirkan keluasan penguasaannya dalam ilmu-ilmu Islam. Sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengenali beliau menerusi deretan karyanya termasuk Kitab Al-Iman,” kata Dr Zulkifli Mohamad.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Related Articles

Back to top button