SemasaSukan

Doha anjur pelbagai aktiviti untuk peminat Piala Dunia

DOHA: Qatar menganjurkan pelbagai acara kebudayaan serta hiburan untuk peminat sempena berlangsungnya kejohanan Piala Dunia FIFA 2022.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk peminat sempena berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2022, dari 20 Nov-18 Dis, lapor Agensi Anadolu.

Di Msheireb, Doha, aktiviti kebudayaan, hiburan, sukan dan seni dianjurkan yang menyaksikan penyertaan pelawat dari pelbagai negara, bangsa dan budaya.

Pusat media juga terletak Msheireb yang mampu menampung 1,000 petugas mewakili pelbagai saluran media dari seluruh dunia.

BACA JUGA
Siapakah remaja yang membaca Al-Quran di pembukaan Piala Dunia 2022?

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button