israel telah mensasarkan rakyat Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan di Gaza yang terkepung, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, sambil menambah bahawa jumlah kematian mungkin meningkat apabila sekurang-kurangnya 21 mayat dan lebih 155 yang cedera telah dipindahkan ke hospital.
Rakyat Palestin sedang menunggu bantuan kemanusiaan di bulatan Kuwait Gaza, kata kementerian itu dalam satu kenyataan, sambil menambah ia menunjukkan “niat terancang israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.”
Proses memindahkan mangsa yang maut dan cedera sedang dijalankan walaupun keadaan di situ mencabar, katanya. Angka kematian mungkin meningkat berikutan keadaan mereka yang cedera teruk, yang sedang dirawat di hospital berdekatan, tambah kenyataan itu.
Agensi berita rasmi Palestin WAFA mengesahkan bahawa berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera.
Tentera israel, seperti biasa, melepaskan diri daripada pembunuhan beramai-ramai baru di Gaza, dengan berkata dalam satu kenyataan bahawa tentera pencerobohnya tidak melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang menunggu bantuan.
SUMBER : TRT World