
NAQAB: Pihak berkuasa israel merobohkan kampung al-Araqib di padang pasir Naqab selatan israel untuk kali ke-211 sejak tahun 2010 dan kali ke-15 tahun ini.
Tentera israel menyerbu kampung itu dan menghalau penduduk, terutamanya wanita dan kanak-kanak, dengan kekerasan, serta merobohkan apa yang telah dibina semula oleh penduduk untuk melindungi keluarga mereka.
Israeli occupation forces demolished this afternoon Al-Araqib village in occupied Al-Naqab for the 211th time since 2010, removing all the tents placed by Palestinians living there to provide a shelter for them.
They also confiscated Palestine vehicles there. pic.twitter.com/SPrTnYkCEX— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) December 25, 2022
Setiap kali kampung itu dirobohkan dengan alasan pembinaan haram, penduduk Palestin akan kembali ke tanah itu dan membina semula rumah mereka. Ini jelas menunjukkan penduduk Palestin menolak percubaan israel untuk mengusir mereka dari tanah tempat mereka tinggal selama beberapa dekad.
Kampung al-Araqib yang tidak dikenali itu menempatkan 22 keluarga, berjumlah kira-kira 86 orang, hidup dengan menternak dan bercucuk tanam.
Despite the freezing weather, Israeli occupation forces demolished today Al-Araqib village in the Al-Naqab for the 211th time since 2000.
They destroyed the tin shelters placed on the land by the residents to provide a roof over their heads in the cold, rainy weather. pic.twitter.com/XdJopS4dRX
— Quds News Network (@QudsNen) December 25, 2022
Pada 1970-an, penduduk dapat membuktikan melalui cara undang-undang hak mereka untuk memiliki 1,250 dunum tanah daripada ribuan dunum di kawasan al-Araqib. Namun, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampung itu dengan aman.
Scores of Palestinians take part in a demonstration at the entrance of Al-Araqib Bedouin village in protest against Israel’s ongoing demolition of their village for the 211th time in a row. #FreePalestine pic.twitter.com/34vHwNlBmi
— Al-Jarmaq News (@Aljarmaqnetnews) December 25, 2022
Gurun Naqab adalah rumah kepada lebih 240,000 Badwi Palestin, kebanyakkan mereka tinggal di kampung dan komuniti yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa israel serta kekurangan perkhidmatan kemanusiaan asas seperti rangkaian elektrik, air, jalan raya, sekolah, dan pusat kesihatan. Penduduk di situ sentiasa diancam untuk berpindah secara paksa dan rumah mereka dirobohkan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini