Semasa

Israel tangkap 2 daripada 6 warga Palestin lolos dari penjara

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

BAITULMAQDIS : Dua daripada enam warga Palestin yang berjaya melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi, Gilboa di utara negara itu minggu ini telah berjaya ditangkap oleh rejim Israel.

Polis Israel melalui kenyataan media menyatakan dua warga Palestin itu ditahan di Nazareth.

“Polis di zon utara menahan dua warga Palestin yang berjaya meloloskan diri daripada penjara beberapa hari lalu,” katanya tanpa butiran lanjut.

Israel melancarkan misi memburu enam warga Palestin yang melarikan diri dari penjara menerusi terowong yang dikorek di bawah sinki, Isnin lalu.

Tentera Israel mengerahkan pasukannya ke Tebing Barat yang diletakkan di bawah penutupan secara besar-besaran dengan lokasi tumpuan ialah di Jenin iaitu kediaman bagi pelarian, Zakaria Zubeidi.

Satu daripadanya ialah Mahmud Abdullah Ardah, berasal dari Arraba berhampiram Jenin, yang ditahan pada 1996 selepas melakukan serangan ke atas Israel.

Mahmud adalah dalam kalangan empat warga Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Menurut biografi Jihad Islam, Mahmud dikurung dalam ruang secara berasingan pada 2014 selepas menemui terowong di penjara Shata.

Khamis lalu, Israel mengumumkan siasatan rasmi berhubung kesilapan atau kelalaian sehingga mengakibatkan enam warga Palestin itu berjaya meloloskan diri.

Injuksi Israel menuntut laporan terperinci terhadap siasatan kejadian itu pada ketika media tempatan berusaha menutup kejadian yang memalukan Israel selain menghalang sebarang serangan daripada banduan.

Bekas Komisioner Perkhidmatan Penjara, Orit Adato memberitahu media, semalam, bahawa kejadian itu adalah krisis besar buat Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) meskipun ia jarang berlaku.

– AGENSI

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button