Semasa

JAIS keluarkan tetapan baharu had jemaah masjid

SHAH ALAM: Selangor membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Ketetapan baharu itu berkuatkuasa hari ini, sehingga suatu tempoh yang akan ditentukan kelak.

Dalam satu surat edaran dalaman yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ketetapan itu juga mengambil kira penurunan kes semasa yang terus konsisten dan terkawal, peningkatan peratus vaksinasi lengkap dan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri serta beberapa indikator yang sangat signifikan.

Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan masjid institusi pula, masing-masing 500 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat Jumaat, manakala 300 jemaah termasuk pentadbir masjid bagi solat lima waktu.

Related Articles

Back to top button