Semasa

Bendera Palestin berkibar di luar bangunan Parlimen Denmark

COPENHAGON : Bendera Palestin dinaikkan di luar bangunan Parlimen Denmark di ibu negara Copenhagen dalam acara untuk memperingati Hari Bendera Palestin, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Dianjurkan oleh Forum Komuniti Palestin di Denmark dan House 48, acara itu diadakan di hadapan Duta Besar Negara Palestin ke Denmark, Manuel Hassassian, dan Anggota Parlimen Denmark, Sikander Siddik.

Mereka menekankan hak rakyat Palestin dalam penentuan nasib sendiri dan penubuhan negara merdeka mereka dengan Baitulmaqdis menjadi ibu negara, lapor WAFA.

Mereka meminta kerajaan Denmark untuk mengiktiraf Negara Palestin dan bertindak menghentikan amalan jenayah penjajahan zionis Israel, tambah WAFA.

Mereka juga menuntuk hak pembebasan tahanan Palestin di penjara Israel.

Untuk rekod, rakyat Palestin di seluruh dunia meraikan Hari Bendera pada 30 September, di mana bendera Palestin berkibaran di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York untuk pertama kalinya pada tahun 2015.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button