Semasa

Jangan ‘download’ aplikasi ini, Atau berisiko duit dalam bank hilang – KPDNHEP

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini pelbagai cara dan jalan telah digunakan oleh scammer dalam menipu mangsa mereka.

Antara kaedah yang digunakan oleh scammer dalam mencuri duit dalam bank mangsa adalah dengan menggunakan aplikasi yang mengandungi halaman phishing yang bertindak mencuri maklumat.

Kredit foto FB KPDNHEP

Kerajaan melalui KPDNHEP telah menyenaraikan beberapa aplikasi yang dipercayai digunakan oleh scammer untuk mencuri data dan duit mangsa di bank.

Aplikasi tersebut adalah dengan menggunakan kaedah pengiklanan perkhidmatan orang gaji dan pembersihan rumah.

  1. Maid4U
  2. Maria’s Cleaning
  3. YourMaid
  4. Maideasy
  5. PetsMore
  6. MymaidCall
  7. Grabmaid

Antara modus operandi scammer ialah mangsa perlu menghubungi mereka melalui Whatsapp terlebih dahulu.

Jadi dalam perbualan mereka (penipu) akan memberikan pautan (link) dan meminta mangsa untuk memasang aplikasi mereka dalam telepon.

Menurut penipu, mangsa perlu melakukan tempah melalui aplikasi tersebut. Jadi mangsa yang menggunakan aplikasi ini dan membuat tempatan akan diminta untuk mengisi maklumat dan akhirnya dibawa ke halaman FPX palsu yang nampak serupa dengan halaman FPX yang asli.

Perkara inilah yang menyebabkan ramai orang terpedaya lalu mengisi makluman perbankan seperti username dan kata laluan.

Dengan input tersebut, scammer akan menggunakannya bagi mendapatkan akses terhadap akaun bank anda.

Mangsa pasti akan tertanya-tanya mengapa hanya akan keluar ‘Error’ yang keluar sedangkan maklumat yang telah diisi adalah betul. Tanpa mereka tahu itu hanlah prop untuk mencuri maklumat, kerana itulah tidak dibawa masuk ke akaun sebenar.

Antara mangsa

Related Articles

Back to top button