DuniaPolitikSemasaSyria

Israel tembak tangki minyak dakwa Menteri Syria

Menteri Luar beri amaran kejadian tidak boleh dibiarkan

Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad mendakwa Israel melepaskan serangan ke  tangki minyak yang dalam perjalanan ke Syria dalam kejadian beberapa bulan yang lalu.

Mekdad memberi amaran bahawa serangan berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa berbalas.

Menurut Russia Today, serangan Israel itu didakwa melanggari peruntukan undang-undang antarabangsa, dan mesti ada usaha pencegahan untuk menghalang tindakan Israel itu.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama-sama Al-Mayadin TV.

Mekdad berkata bahawa tangki minyak yang memasuki Syria sekarang adalah “di bawah perlindungan Rusia”.

Kebanyakan pelantar minyak Syria adalah di luar kawasan kawalan kerajaan, namun dua loji penapisannya yang beroperasi, dan pergantungan minyak Syria adalah dari Iran.

Sejak lebih setahun, pelbagai serangan misteri dilakukan ke atas kapal membawa minyak ke Syria, termasuk di kawasan loji simpanan minyak di kawasan yang dikuasai kerajaan Syria.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button