BanjirSemasa

Jika bantuan tidak tiba, kematian dikalangan mangsa banjir Pakistan bertambah! – Angelina Jolie

ISLAMABAD: Duta khas kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR), Angelina Jolie telah mengunjungi Dadu di Pakistan, antara lokasi paling teruk dilanda banjir yang menenggelamkan satu pertiga kawasan di negara Islam itu.

Dadu merupakan sebuah bandar dan ibu kota daerah Dadu yang terletak di wilayah Sindh, Pakistan, terletak di tebing barat Sungai Indus dengan populasi 171,191 itu antara lokasi paling teruk ditenggelami limpahan sungai tersebut.

Sebanyak 300 kematian direkodkan dalam kalangan mangsa yang terselamat daripada bencana banjir tetapi akhirnya kini terkorban akibat serangan penyakit bawaan air banjir.

Angelina memberi amaran bahawa bencana banjir di Pakistan adalah peringatan sebenar kepada dunia bahawa perubahan iklim bukan sahaja nyata dan ia bukan sahaja akan muncul tetapi impaknya akan semakin banyak berlaku di seluruh dunia.

“Sekarang keperluan terhadap bantuan kemanusiaan adalah sangat mendesak,” kata Angelina sambil menambah bahawa beliau melihat mangsa di kawasan terjejas akibat banjir dalam memerlukan bantuan segera, bagi mengelakkan lebih banyak kematian impak susulan bencana itu.

Dengan 7 lagi kematian, mangsa kematian akibat banjir di Pakistan kini telah meningkat kepada 1,576 akibat bencana banjir di seluruh negara sejak pertengahan Jun berdasarkan data terkini Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Pakistan.


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button