Semasa

Jumlah mangsa dipindahkan di Kelantan bertambah

25 pusat pemindahan

KOTA BHARU : Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 826 mangsa membabitkan 234 keluarga sehingga petang ini.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang.

Sungai di depan TESCO Kota Bharu. Pic : Twitter

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 452 orang diikuti Kuala Krai 231 mangsa, Tanah Merah 166 mangsa dan Gua Musang 13 mangsa.

Pasir Mas membabitkan sembilan PPS yang menempatkan 139 keluarga yang mula dipindahkan sejak semalam sehingga petang ini.

Kuala Krai pula mencatatkan tujuh PPS yang menempatkan 57 keluarga. Manakala Tanah Merah menyaksikan 36 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Sementara itu, Gua Musang yang menjadi daerah terbaru dilanda banjir mencatatkan dua keluarga yang ditempatkan di satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 2.

Pic: JabatanPenerangan Kelantan

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button