DuniaSemasa

Jumlah migran antarabangsa meningkat tiga kali ganda

MOSCOW : Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memaklumkan jumlah migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda sejak 1970, lapor Sputnik.

Berdasarkan laporan itu, bilangan migran antarabangsa meningkat daripada 84 juta pada 1970 kepada 281 juta pada 2020.

Walau bagaimanapun, mengambil kira pertumbuhan populasi global, bahagian migran antarabangsa hanya meningkat daripada 2.3 peratus kepada 3.6 peratus daripada jumlah penduduk dunia

Tambah IOM, jika pandemik tidak meletus, angka pendatang antarabangsa mampu meningkat sehingga dua juta.

“Kita menyaksikan paradoks yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sejarah manusia.” kata Ketua Pengarah IOM, Antonio Vitorino.

Tambah Antonio,  ketika berbilion manusia terpaksa berkurung di rumah disebabkan Covid-19, masih ada berpuluh juta manusia lain kehilangan tempat tinggal di dalam negara mereka sendiri.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button