Semasa

Kadar kematian libatkan individu lengkap vaksin cuma 0.009 peratus – Khairy

PUTRAJAYA : Kadar kematian dalam kalangan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 di Malaysia  adalah 0.009 peratus.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kadar kematian bagi individu yang telah menerima vaksin di Malaysia adalah 90 orang bagi setiap sejuta penduduk yang diberi vaksin.

Data ini menunjukkan bahawa vaksin berfungsi dan dapat menyelamatkan nyawa, tanpa mengira jenis vaksin.

“Oleh itu, dapatkanlah vaksin dan jangan ragu-ragu bahawa vaksinas tidak dapat membantu anda,” katanya.

Mengenai kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), Khairy berkata sebanyak 2,417 kes BID akibat Covid-19 telah dikesan di seluruh negara setakat Ogos tahun ini dengan 86 peratus daripadanya bukan dibawah pemantauan perubatan.

“Daripada 2,417 kes BID setakat Ogos, hanya 14 peratus berada di bawah jagaan Kementerian Kesihatan, pejabat kesihatan daerah atau klinik swasta,” katanya.

Khairy juga berharap strategi dan usaha mengatasi jumlah kes BID dari mereka yang tidak menjalani pemantauan perubatan dapat ditingkatkan.

“Kami (Kementerian Kesihatan) sedang meneliti… Kami telah mengarahkan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) supaya meneliti kes-kes yang tidak berada di bawah pemantauan perubatan untuk mengetahui mengapa hal itu terjadi supaya dapat memberi nasihat kepada orang ramai dengna lebih baik,” katanya.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button