RAMALLAH: Seorang kanak-kanak Palestin berusia 2 tahun dan bapanya cedera akibat tembakan israel dalam serangan hendap di kampung Nabi Saleh, barat laut Ramallah, Tebing Barat yang dijajah, menurut sumber tempatan.
Bilal Tamimi, seorang aktivis tempatan, memberitahu WAFA bahawa pasukan tentera israel melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kenderaan di pintu masuk kampung itu dengan menghujani kenderaan tersebut dengan peluru.
Tentera israel juga mencederakan seorang kanak-kanak dengan tembakan terkena di kepala serta bapanya di lengan semasa mereka berada di rumah bersebelahan dengan pusat pemeriksaan tentera israel di pintu masuk ke kampung itu.
Breaking: "Israeli occupation forces near Al-Nabi Saleh village, northwest of Ramallah, have shot and injured two Palestinians, one of whom is a child." pic.twitter.com/8k7H4muHR9
— Quds News Network (@QudsNen) June 1, 2023
Kanak-kanak itu dan bapanya dikejarkan ke hospital di penempatan israel berhampiran Nevei Tsof. Kanak-kanak itu kemudiannya dipindahkan ke hospital di israel untuk rawatan perubatan, manakala bapanya dipindahkan ke hospital di Ramallah yang berdekatan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia