Kebakaran loji nuklear terbesar Eropah berjaya dipadamkan
KYIV : Bomba Ukraine akhirnya berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di loji nuklear terbesar Eropah akibat diserang oleh tentera Rusia.
Bedilan tentera Rusia yang menyasarkan loji nuklear Zaporizhzhia mengalami kerosakan sehingga menyebabkan ia terbakar.
Insiden itu menimbulkan rasa cemas oleh pelbagai pihak berikutan kebimbangan loji kuasa boleh meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.
Namun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memaklumkan tahap radiasi di loji tersebut tidak berubah selepas membuat pemantauan.
Selain itu, serangan berkenaan juga tidak menjejaskan kemudahan asasnya.
Terdahulu, Kementerian Luar Ukraine menggesa tentera Rusia menghentikan serangan di loji nuklear Zaporizhzhia selepas stesen jana kuasa itu terbakar.
Menterinya, Dmytro Kuleba menegaskan kesannya 10 kali lebih teruk berbanding Chernoby sekiranya loji itu meletup.
“Sehubungan itu, Rusia perlu menghentikan serangan dan memadam kebakaran di loji itu dengan segera kerana kita tidak mahu masalah lebih besar berlaku,” katanya.
Ketua Pengarah IAEA, Rafael MGrossi turut memberi amaran ‘situasi tidak terkawal’ boleh berlaku sekiranya Rusia tidak menghentikan serangan di loji tersebut.
– AGENSI