Semasa

Kecoh di program Mobile Clinic MAIWP – MAPIM di Masjid Al Muqarrabin

Jumaat – Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang dijalankan di Masjid Al Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, kecoh apabila seorang pengunjung diserang sawan. Kejadian itu segera ditangani oleh Dr Hajar binti Abdul Aziz yang menjadi sukarelawan MAPIM, sehingga pesakit itu kembali pulih seperti sediakala.

Itulah antara warna warni program Mobile Clinic yang sudah masuk kali keempat dijalankan di Masjid Al Muqarrabin kerana sambutan yang menggalakkan.

Menurut pekerja am masjid, Encik Hoja, biasanya pada hari Jumaat sambutan tidak akan semeriah hari lain. Pada hari ini, jumlah penduduk yang membuat pemeriksaan dan rawatan percuma adalah 57 orang.

“Mungkin sebab Jumaat masa sedikit terhad. Tunggu esok, mesti ramai,” kata Encik Hoja.

Antara pengunjung awal Mobile Clinic adalah Puan Ratna yang berusia 58 tahun. Menurutnya, “Saya memang ada darah tinggi, ada kencing manis. Jadi di sini saya nak periksa gula dalam darah.”

Tambahnya lagi, dia mengetahui program ini melalui suaminya yang memang menjadikan amalan solat berjemaah di masjid itu.

Pada hari pertama program turut dimeriahkan oleh para pelajar dari sekolah bersebelahan yang berminat mahu mengetahui lebih lanjut tentang program anjuran MAIWP dan MAPIM ini.

Esok adalah hari kedua program dan menurut penyelaras program Mobile Clinic, Puan Ashikin, “Kita jangkakan esok akan lebih ramai pengunjung, dan kami sudah bersedia memberikan yang terbaik untuk semua. Insya-Allah.”

Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, yang berminat menjalankan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di kawasan masing-masing, boleh hubungi hotline MAPIM Malaysia – 012-8002016

 

Related Articles

Back to top button