Dunia

Kes demam denggi berdarah meningkat di Bangladesh di tengah krisis covid-19

sudah jatuh ditimpa tangga

DHAKA : Bangladesh mengalami lonjakan kes demam denggi berdarah, yang menambah tekanan terhadap sistem kesihatan yang sudah lemah menghadapi krisis Covid-19.

Pada awal bulan ini sehingga semalam (30/7/2021), 1,920 orang didiagnosis dijangkiti demam denggi berdarah, lonjakan sebanyak 600 peratus kes berbanding pada Jun iaitu 272 kes.

Menurut Pengarah Kesihatan (DGHS), sejumlah 2,292 orang telah didiagnosis menderita demam denggi berdarah tahun ini, termasuk 3 kematian.

Hampir semua kes demam denggi berdarah, kecuali 70 pesakit, berada di Dhaka, ibu kota Bangladesh yang berpenduduk 17 juta orang.

Demam denggi berdarah telah memberikan tekanan kepada sistem kesihatan Bangladesh, yang sudah di ambang kehancuran kerana gelombang ketiga Covid-19 yang ganas, seperti yang dilaporkan Al Jazeera pada Jumaat (30/7/2021).

Pada Kjamis (29/7/2021), DGHS mencatat 239 kematian terkait Covid-19 di seluruh negara dalam 24 jam terakhir, meningkatkan jumlah kematian menjadi 20,255 orang.

Dalam jangka waktu yang sama, 15,271 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kasus menjadi 1,226,253.

Minggu lepas, seorang warga Bangladesh bernama Afsarul Haque mendapati dirinya demam mencapai 39 Celcius, dia menyangka dia dijangkiti Covid-19.

Banker berusia 38 tahun itu terus menghubungi makmal swasta untuk melakukan ujian Covid-19. Sehari kemudian, keputusannya menunjukkan negatif.

Namun, demamnya terus memburuk disertai sakit kepala.

“Memikirkan saya terkena demam denggi berdarah sama sekali tidak terlintas di benak saya,” kata Haque kepada Al Jazeera.

“Namun, seorang keluarga saya meminta untuk ujian demam denggi berdarah. Saya melakukannya dan hasilnya positif,” tambahnya.

Haque telah berada di rumah seperti anjuran doktar dan memakan sejumlah ubat.

“Saya sekarang dalam pemulihan. Tapi, trauma mental yang saya alami sangat meletihkan.”

Haque beruntung dapat diselamatkan,  berbeza dengan Sayeeda Nasrin Bably. pensyarah wanita di salah satu universita yang berusia 35 tahun, meninggal kerana demam denggi berdarah pada 7 Julai.

Kematian Bably menjadi kes kematian pertama kerana demam denggi berdarah pada 2021 di Bangladesh.

Abang Bably, Golam Hafiz, memberitahu Al Jazeera bahawa dia dibawa ke hospital swasta di mana para dokter menyangka itu adalah Covid-19.

“Dia kemudian diberikan ujian DBD dan hasilnya positif,” kata Hafiz.

Kerana keadaan Bably semakin buruk, dia dirawat di ICU. “Pada 7 julai, dia mengalami strok otak dan meninggal,” kata saudaranya itu.

Dr Tahmina Shirin, Pengarah Institute of Epidemiology, Disease Control and Research (IEDCR) mengatakan sejumlah besar pesakit demam denggi berdarah di Bangladesh tahun ini dijangkiti DEN-3, varian virus denggi yang dapat meningkatkan risiko kematian.

Pada tahun-tahun sebelumnya, Bangladesh mengalami varian wabak demam denggi berdarah DEN-1 dan DEN-2, tetapi pada 2021 DEN-3 lebih umum, kata Shirin.

Beliau menambahkan bahawa DEN-3 dan DEN-4 dianggap mematikan kerana menyebabkan kebocoran plasma, gangguan pernafasan dan gangguan organ pada pesakit.

Dr Md Robed Amin, pengarah unit Pengendalian Penyakit Tidak Menular (NCDC) DGHS, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa tahun ini, kes demam denggi berdarah tinggi kerana apa yang disebutnya ‘pola gelombang’.

Amin memaklumkan ahli entomologi awal tahun ini telah memperingatkan pertumbuhan kes demam denggi berdarah di negara ini. — KOMPAS

 

Related Articles

Back to top button