DuniaSemasa

Kumpulan pertama jemaah Malaysia seramai 279 selamat tiba di Jeddah

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah Malaysia seramai 279 orang selamat tiba di Jeddah hari ini.

Jemaah Malaysia ini terdiri daripada seramai 122 lelaki serta 157 wanita yang lengkap berpakaian ihram sejak dari KLIA, dibawa ke Hotel Al Fajer Albadia di Makkah dengan menaiki enam buah bas.

Kredit Foto Fb Tabung Haji

Mereka ini merupakan kumpulan penerbangan ke-44 (KT44) yang berlepas pada jam 12.46 tengah malam tadi dengan menaiki pesawat MH8100 dari lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Kredit Foto Fb Tabung Haji

Jemaah-jemaah ini disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Kebajikan), Nurrinanuwar Shamsuddin, bersama petugas haji.

 

 

Related Articles

Back to top button