Covid19DomestikSemasa

Lakukan RTK kendiri sebelum balik kampung -Khairy Jamaluddin

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih 

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan Malaysia, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menasihatkan masyarakat yang ingin pulang ke kampung untuk melakukan ujian pantas antigen (RTK) kendiri.

Menerusi ciapannya di laman sosial Twitter, orang ramai diminta untuk melaporkan keputusan ujian RTK tersebut di aplikasi MySejahtera.

“Data keputusan ujian kendiri sangat penting bagi pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Covid-19 masih menular di komuniti”

“Pesan kepada orang tua untuk ambil dos penggalak dan anak anda terima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids),” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu masih tiada kata putus untuk pembukaan sempadan dari Thailand dan Brunei bagi mereka yang kerap ulang-alik tetapi beliau yakin Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima pengembara dari Thailand dan Brunei.

“Ramai yang tanya juga tentang prosedur operasi standard (SOP) untuk sempadan darat dengan Thailand dan Brunei untuk yang kerap berulang alik”

“Malaysia sudah sedia sepenuhnya untuk menerima penggembara tersebut. Namun pihak Thailand dan Brunei masih minta tunggu dahulu,” ujarnya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button