Lebih 8 juta rakyat Nigeria perlu bantuan kemanusiaan – PBB

ABUJA : Kira-kira 8.3 juta rakyat, termasuk wanita dan kanak-kanak yang telah terjejas akibat serangan pengganas selama 12 tahun memerlukan bantuan kemanusiaan , kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) Rabu.
Tiada tanda bahawa keganasan yang berlarutan di rantau itu, yang telah didalangi oleh kumpulan pengganas Boko Haram, akan reda, kata OCHA dalam satu ciapan di Twitter.
After 12 years, the crisis in north-east #Nigeria shows no sign of abating.
Some 8.3 million women, men and children will need humanitarian assistance this year.
Despite challenges, aid workers continue to make the most of limited resources and capacity.
— OCHA W&C Africa (@OCHAROWCA) January 19, 2022
“Selepas 12 tahun, krisis di timur laut #Nigeria tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda,” katanya.
Setiausaha Agung PBB dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths berkata keperluan untuk bantuan kemanusiaan segera mendorongnya untuk mengetuai pasukan petugas bantuan dari PBB dan rakan kongsinya ke Negeri Borno.
“Perkongsian kami terhadap sokongan kepada mereka adalah sesuatu yang kami lakukan di luar tugas dan tanggungjawab dalam kes ini,” katanya di ibu kota Borno, Maiduguri.
Boko Haram, yang berusaha untuk memisahkan wilayah di negeri-negeri utara mengaku bertanggungjawab atas kebanyakan serangan ganas yang berlaku di kawasan itu.
Dianggarkan 3 juta orang awam telah kehilangan tempat tinggal sejak 2009 apabila keganasan bermula.
-AGENSI