DuniaSemasa

Gempa bumi 6.2 skala Richter landa Hawaii

HAWAII : Gempa berukuran 6.2 skala Richter melanda selatan pulau Hawaii pada Ahad, lapor Reuters.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pada  kedalaman 35 kilometer terjadi 29 kilometer dari bandar Naalehu.

Pada  awalnya, USGS melaporkan magnitud gempa 6.1, namun, gempa meningkat menjadi 6.2 skala Richter.

Bagaimanapun, sistem amaran tsunami Amerika Syarikat memaklumkan tidak ada amaran tsunami.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button