
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung isu seorang pempengaruh media sosial yang dijemput merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah negeri itu baru-baru ini.
Dalam kenyataan rasmi, JPN Kedah menegaskan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan sedia ada. Semua pentadbir sekolah diingatkan memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan dan tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Tular di media sosial video pempengaruh berkenaan memaparkan dirinya merasmikan majlis tersebut, yang menimbulkan pelbagai reaksi warganet, dengan sebahagian berpendapat individu itu tidak sesuai dijadikan perasmi bagi acara sekolah.
Sumber: BERNAMA







