Lisdawati kongsi kembara kerohanian ke Tanah Suci
MEKAH: Pelakon terkenal Lisdawati yang kini berada di Tanah Suci tidak keberatan untuk berkongsi kembara kerohaniannya selepas terpilih menjadi antara 31,600 jemaah Haji Malaysia tahun ini.
Ketika ditemui BERNAMA, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 45, menitiskan air mata kerana tidak menyangka terpilih menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) bersama ibunya, Risda Chalidi, 67, bagi musim haji 1444 Hijrah.
Menyedari kekurangan diri dari segi ilmu agama, katanya beliau mendapatkan khidmat guru agama untuk menambah pengetahuan dalam usaha memperoleh haji mabrur (haji yang diterima Allah SWT) sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mei lepas.
“Saya faham sebagai hamba kita perlu kembali kepada Allah, sebagai pendosa saya mengharapkan pengampunan daripada Allah dan semoga mendapat haji mabrur”, katanya dalam nada sebak.
Menurutnya beliau juga banyak bertanya dengan kenalan yang pernah menunaikan haji bagi mendapatkan gambaran dan nasihat dalam menjalani ibadat itu.
Ditanya sekiranya akan meneruskan karier sebagai anak seni selepas ini, pelakon filem KL Menjerit itu berkata beliau akan terus mencari rezeki dalam bidang itu kerana ia sumber pendapatannya dalam membantu keluarga.
Bagaimanapun, Lisdawati berkata beliau menetapkan syarat seperti menutup aurat dan menjaga batas sebagai seorang muslim dalam memilih watak.
Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia