SemasaSukan

Malaysia atasi Kanada 3-2 pada aksi kedua Piala Sultan Azlan Shah

Pasukan hoki Malaysia bangkit untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Kanada dalam aksi kedua Piala Sultan Azlan Shah ke-31 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini malam ini.

The Speedy Tigers memulakan aksi dengan meyakinkan apabila Akhimullah Anuar membuka jaringan pada minit keempat sebelum Kanada menyamakan kedudukan lapan minit kemudian melalui Sean Davis. Matthew Sarmento meletakkan Kanada di hadapan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-16, namun Abu Kamal Azrai menyamakan kedudukan pada minit ke-19.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh penyerang sensasi Faizal Saari melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-24. Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari jaringan tambahan, namun keputusan 3-2 kekal hingga wisel penamat.

Sebelum itu, perlawanan antara New Zealand dan Korea Selatan berlangsung mengikut jadual dengan New Zealand menang 3-1. Hujan lebat pada kira-kira 6 petang memaksa perlawanan Belgium menentang India dihentikan selepas tiga minit permainan dan akan disambung semula pada esok pagi.

Perlawanan Malaysia menentang Kanada yang dijadualkan bermula pada 8 malam hanya dapat dimulakan pada 10.08 malam akibat keadaan padang yang tidak sesuai. Malaysia dijadualkan berdepan India pada Rabu malam, manakala Kanada menentang New Zealand dan Korea Selatan menentang Belgium.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button