Covid19Semasa

Malaysia kesan dua subvarian Omicron

SHAH ALAM : Beberapa kes Covid-19 melibatkan subvarian Omicron telah dikesan di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan perkara tersebut menerusi ciapannya di Twitter berkata, dua kes subvarian BA.5 dan satu kes BA.2.12.1 merupakan dua kes terbaru yang ditemui.

“Ini adalah kali pertama Malaysia mengesan varian yang melibatkan dua kes BA.5 dan satu kes BA.2.12.1.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memasukkan kedua-dua varian tersebut dalam kategori varian membimbangkan (VOC) di bawah varian Omicron,” menurut ciapan tersebut.

Menurutnya lagi, faktor risiko adalah masih kekal sama setakat ini.

Dalam pada itu, WHO telah menambah varian BA.5 ke dalam senarai varian dalam pemantauan pada Mac dan dikategorikan sebagai varian
membimbangkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button