DomestikSemasa

“Orang dah tak perlu datang ke klinik, tapi klinik yang datang pada anda”

PANTAI DALAM : Hari ini merupakan hari kedua Mobile Clinic MAIWP-MAPIM berkhidmat di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, dan masih ramai lagi yang hadir merebut peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Tidak kira apa keadaan, klinik bas bergerak yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ini akan tetap beroperasi dan menjelajah ke seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, dan mungkin pada masa akan datang akan ke seluruh negara.

Menurut doktor yang bertugas, Dr Kamaruddin Isa, 62, inisiatif seperti ini amat diperlukan pada zaman sekarang bagi memberi kemudahan kepada semua golongan yang memerlukan pemeriksaan kesihatan.

“Alhamdulillah sepanjang saya bekerja dengan MAIWP dan MAPIM ini mereka telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada masyarakat, orang sekarang dah tak perlu lagi datang klinik, tetapi klinik yang datang pada mereka. Ada yang memberitahu mereka terpaksa bangun pagi untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan perjalanan ke hospital mengambil masa yang lama akibat kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang.

Walaupun umurnya sudah mencecah lebih 60 tahun, namun selagi mempunyai kudrat dan kesihatan yang baik, beliau masih akan terus menggunakan kepakaran yang ada untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Program hari ini merekodkan 40 orang berkunjung ke mobile clinic ini dan mereka memberi respon yang amat memuaskan dan meminta program ini dilaksanakan pada setiap bulan.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN SYAWAL 

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button