KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula pagi ini, terkini meningkat kepada 836 mangsa sehingga jam 4.30 petang.
Sejumlah 233 keluarga mangsa yang terbabit ditempatkan ke10 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
Setakat ini, daerah yang terjejas adalah Jeli dan Kuala Krai susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh PPS terletak di Jeli dan tiga di Kuala Krai.
PPS di Jeli membabitkan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan seramai 291 orang, Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota (171 orang), Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor (34 orang), Masjid Gemang (31 mangsa), SK Legeh (123 orang) SK Kuala Balah (5 orang) dan SK Jeli (43 orang).
Selain itu, PPS di Kuala Krai adalah Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (81 orang), Madrasah Chuchuh Puteri A (18 orang) dan Masjid Chuchuh Puteri A (9).
Sementara itu, di laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan bahawa paras air untuk beberapa sungai di Kelantan meningkat.
Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras amaran iaitu 23.23 meter (m), manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Air Lanas di Jeli dan Sungai Kelantan di Kuala Krai masing-masing dengan bacaan 29 m dan 20.28 m.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today