DomestikKerohanianSemasa

MAPIM imarah program keagamaan bersama pelajar TKC

Oleh Muhammad Fazli Othman, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Taskforce MAPIM

BANDAR ENSTEK : Dalam kesibukan melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) tidak lupa untuk berkongsi ilmu agama serta berdakwah kepada masyarakat.

MAPIM telah memenuhi undangan ke program “Ana Muslimah Solehah” yang diadakan di Kolej Tunku Kurshiah dengan objektif memberi didikan dan pengetahuan agama serta menyuburkan elemen nilai Islamik dalam diri pelajar di sini.

MAPIM berbesar hati mengimarahkan program keagamaan dan kerohanian tersebut dengan menyampai ceramah yang bertajuk “Apa Erti Aku Menganut Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fakhruddin Zainol selaku Pegawai Tugas Khas di Wisma MAPIM.

Intipati ceramah tersebut menekankan keperibadian diri seorang Muslim yang sejati, penghayatan tentang tujuan dan panduan hidup yang digariskan dalam Islam serta pemahaman Fiqh Islam yang jelas dan tepat sebagaimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadis

MAPIM bukan sahaja menjalankan amanah dakwah melalui aktiviti penyerahan bantuan kemanusiaan semata-mata, malah MAPIM juga turut aktif menyuburkan budaya dan semangat dakwah melalui program-program keagamaan di seluruh negara.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button