DuniaPalestinSemasa

Masjid Al-Aqsa berisiko runtuh jika kerja penggalian Israel berterusan

BAITULMUQADDIS : Aktiviti ekskavasi Israel di Masjid Al-Aqsa menimbulkan rasa kebimbangan pegawai-pegawai kerana berisiko menyebabkan struktur bangunan masjid retak selain berlaku kerosakan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa, Azzam Al-Khatib memberitahu sekiranya kerja penggalian Israel di tempat suci umat Islam itu berterusan dalam jangka mangsa panjang, Masjid Al-Aqsa mungkin mengalami risiko untuk runtuh.

Menurut laporan Arab News, rejim Israel melakukan ekskavasi di bawah tempat ketiga paling suci umat Islam itu sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan keretakan pada dinding dan batu marmar terlerai daripada dinding serta siling.

“Terdapat kerja-kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui tujuannya sedang dilakukan oleh Rejim Israel.

“Saya minta polis Israel membenarkan jurutera dan juruteknik khusus daripada  jabatan kami untuk memeriksa keadaan bangunan yang terjejas,  namun permintaan kami tidak dipedulikan.

“Kami bimbang mengenai terowong yang digali oleh pihak Israel boleh menyebabkan Masjid Al-Aqsa runtuh.

“Oleh sebab itu, kami memohon Mahkamah Diraja Jordan, Kementerian Wakaf Islam Jordan, duta Jordan, dan yang paling penting, kami merayu kepada pemerintah Jordan, Raja Abdullah selaku penjaga tapak suci untuk campur tangan dalam isu ini,” kata Azzam.

Tegasnya lagi, polis Israel enggan memberikan kelulusan kepada pihak mereka untuk melakukan kerja pembaikan pada dinding rosak.

“Baik Wakaf, mahupun UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB), kedua-dua pihak tidak tahu apa yang berlaku sekarang.

“Kami diamanahkan menjaga Masjid Al-Aqsa dan kami akan melaksanakan tanggungjawab itu.

“Apa yang berlaku adalah perkara berbahaya yang membimbangkan dan menakutkan kita semua,” tambah Azzam.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button