Semasa

MAPIM Malaysia luaskan kesedaran bantuan kemanusiaan

MANJUNG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengadakan Program Cakna dengan kerjasama Masjid Nurul Takzim di sekitar kawasan Kampung Bahru Ayer Tawar, Lumut, Perak hari ini.

Program Cakna yang membabitkan Presiden MAPIM Malaysia, Tuan Mohd Azmi Abd Hamid diiringi Timbalan Presiden, Ustaz Zulkifly Ibrahim, Setiausaha Agong MAPIM Malaysia, Mejar Zulhanis Zainol, penyelaras MAPIM Malaysia Cawangan Perak, Haji Mohd Yusof Ahmad, dan penyelia MAPIM Perak, Haji Mohd Adnan serta Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Baru (JPKK).

Lebih menarik program ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Tuan Mohd Azmi berkenaan pembentangan transformasi kariah dengan memberi cadangan dan ilham bagi menambah baik pengurusan masjid.

Selain itu, Mejar Zulhanis Zainol berkesempatan memberi sedikit perkongsian dengan memberi kesedaran tentang konflik kemanusiaan yang berlaku di Syria dan Gaza pada sesi kuliah Subuh.

Pengerusi Masjid Nurul Takzim, Haji Khalil Abd Rahman memaklumkan Ummah Today, berharap program ini dapat membentuk satu kerjasama erat antara masyarakat dengan pihak berkuasa terutama dalam melaksanakan bakti kemanusiaan kepada masyarakat.

Ulas beliau, program kuliah seperti itu membuka mata masyarakat berkenaan kesengsaraan saudara Islam di Palestin dan Syria.

Sementara itu, Haji Khalil turut menzahirkan perasaan bangga dan berbesar hati dengan kesudian MAPIM Malaysia bekerjasama bersama pihak Masjid Nurul Takzim.

“Saya sebagai wakil penduduk di sini berbangga dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan MAPIM lagi-lagi kehadiran orang penting MAPIM Malaysia iaitu kehadiran Presiden MAPIM, Timbalan Presiden MAPIM dan Setiausaha Agong MAPIM Malaysia.” katanya ketika ditemu bual hari ini.

Tambah beliau, kehadiran aset MAPIM Malaysia iaitu klinik bergerak atau dikenali Ummah Mobile Clinic membawa kegembiraan kepada penduduk di sekitar kawasan sini kerana memberi rawatan kesihatan secara percuma, ekoran kesukaran penduduk di sini ke pekan untuk menerima rawatan kesihatan.

“Saya juga berharap dan amat berbesar hati jika kami dapat bekerjasama lagi dengan MAPIM untuk meluaskan bantuan kemanusiaan kepada orang ramai lagi-lagi mereka yang memerlukan. Terima Kasih MAPIM!” – Pengerusi Masjid Nurul Takzim,┬áHaji Khalil Abd Rahman

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media – Ummi Fatihah

_______________________________________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button