Hulu Langat : Banjir yang sudah surut bukan sahaja meninggalkan kerosakan yang besar dan lumpur selut yang tebal tetapi juga meninggalkan tekanan perasaan kepada mangsa banjir.
Semalam, MAPIM Malaysia kembali ke Hulu Langat dan ke Kampung Orang Asli Paya Lebar untuk kesekian kalinya bagi menyampaikan beberapa lagi bantuan asas seperti hygiene kit, toto, biskut kering dan juga turut membawa ‘Dapur Ummah’, bagi menyediakan masakan panas di lokasi untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Dapur Ummah berjaya menyediakan 500 bungkus makanan panas yang diedarkan kepada penduduk sekitar dan di sepanjang perjalanan.
Misi bantuan ini juga disertai oleh kedua-dua Penasihat Syariah MAPIM Malaysia iaitu, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Maulana Helmi.
Misi sukar ini menjadi sedikit mudah apabila dibantu dengan lima kenderaan pacuan empat roda dari MAPIM Rangers di bawah pimpinan Maulana Helmi sendiri.
Menurut Tuan Hidayat Abdullah, pegawai MAPIM Malaysia, “Kami menyedari kesukaran penduduk di sini mendapatkan bekalan makanan segar kerana rumah dan peralatan memasak mereka turut musnah. Jadi, antara inisiatif MAPIM adalah membuka ‘Dapur Ummah’ untuk mangsa banjir. Setidak-tidaknya ia mampu meringankan beban mereka.”
Kehadiran kedua-dua penasihat syariah yang juga tokoh agamawan ini sedikit sebanyak menceriakan penduduk di situ.
________________________________
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038