PalestinSemasa

MAPIM seru komuniti petugas kesihatan bangkit – Israel kini musuh hospital.

Dengan apa yang sedang disaksikan di Gaza sekarang, MAPIM melalui presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid, berpandangan para petugas kesihatan di Malaysia perlu mendesak Badan Kesihatan Dunia (WHO) bertindak menyelamatkan sektor kesihatan di Gaza.

Kegilaan dan kebuasan Israel sudah sampai ke kemuncak apabila serangan terhadap hospital dan fasiliti kesihatan di Gaza menjadi dasaran dalam perang di Gaza terkini.

Terbaru tentera Israel mengepung hospital utama Gaza iaitu hospital Shifa dan menembak siapa sahaja yang keluar dari Hospital tersebut.

Serangan ke atas hospital , ambulan , pembunuhan para petugas kesihatan oleh Israel tidak boleh dikompromi lagi.

Laporan yang sangat mengejutkan ialah apabila tentera Israel memaksa pesakit keluar dari hospital Shifa dan dibiarkan di atas jalan. Menteri Kesihatan Gaza melaporkan pesakit bakal mati tanpa rawatan jika keadaan berterusan.

Ini adalah jenayah kemanusiaan yang paling ganas. Tidak pernah berlaku dalam zaman moden ini.

MAPIM menggesa komuniti kesihatan di Malaysia bangkit menyatakan bantahan keras dan mendesak WHO untuk segera membantu agar keperluan asas untuk semua hospital berfungsi sepenuhnya untuk merawat mangsa serangan kejam Israel  yang tidak berperikemanusiaan.

Israel sudah mencabuli semua undang-undang antarabangsa. Ia tidak boleh dibiarkan meneruskan jenayah genosid tanpa diambil tindakan tegas oleh masyarakat antarabangsa 

Israel telah menolak desakan dunia supaya  memberhentikan serangan serta merta dan membuka pintu masuk untuk memungkinkan mereka yang cedera parah dihantar keluar Gaza untuk mendapat rawatan manakala bantuan kemanusiaan termasuk bantuan ubatan segera disalurkan ke dalam Gaza.

Walau dalam keadaan apa sekali pun hospital tidak boleh menjadi sasaran ketika perang.

MAPIM mengesa komuniti kesihatan Malaysia mengambil inisiatif atas nama kemanusiaan untuk mendesak PBB Dan WHO supaya jenayah perang Israel yang dilakukan secara terang-terang mesti dihentikan dan dihukum dengan undang-undang antarabangsa . 

 

Related Articles

Back to top button