DomestikSemasa

MAPIM terima kunjungan Kumpulan Meraih Berkah dari Brunei

KAJANG: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyambut kedatangan Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei seramai 30 orang ke MAPIM Ummah Central Warehouse dan Wisma MAPIM hari ini.

Lawatan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama saudara antara Brunei dan Malaysia bagi memperkukuhkan serta membangunkan ummah pada masa hadapan.

Presiden MAPIM, Tuan Haji Mohd Azmi Abd Hamid atau Cikgu Azmi dalam ucapannya berpesan supaya umat Islam harus mengamalkan 4D iaitu doa, diskusi, derma dan demonstrasi bagi bersama-sama membangunkan Islam demi ummah.

Sessi menandatangani autograf buku tulisan Presiden MAPIM

“Jadi saya menyatakan tiga badan ini, MAPIM, SALIMAH dan KMB sudah sampai masanya kita bergabung sebagai satu jemaah dan laksanakan keupayaan ini,” tegas Cikgu Azmi.

“Melihat kepada keadaan Islam sekarang, perkara ini menjadi seruan yang sangat penting bagi kita sebagai umat Islam untuk melibatkan diri dalam perlbagai aktiviti dan juga kumpulan-kumpulan yang membawa kita ke jalan Allah,” kata Datin Hajah Aminah Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) yang turut hadir bersama 20 orang ahlinya.

Hajah Florinda Haji Mejenis, Ketua Kumpulan Meraih Berkah (KMB) Brunei Darussalam

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAPIM Malaysia yang sudi menyambut dan melayani kedatangan kami ke sini. Saya berharap agar dengan pertemuan kita ini, kita mampu untuk bekerjasama antara NGO Malaysia-Brunei bagi bersama-sama menyantuni ummah dan juga membantu lebih ramai di luar sana,” ulas Ketua Kumpulan Meraih Berkah (KMB), Hajah Florinda Haji Mejenis.

Mengakhiri ucapan, Presiden MAPIM juga berharap agar seluruh umat Islam boleh melakukan pembebasan dan juga perubahan ke dalam diri sendiri serta dengan dakwah agar dapat bersama-sama membangunkan ummah ke arah yang lebih baik dan madani.

BACA JUGA
Achey Bocey ikut MAPIM Rangers misi bantuan banjir di Johor

Related Articles

Back to top button