DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP – MAPIM santuni golongan Mualaf

Mobile Clinic anjuran MAIWP dengan kerjasama MAPIM, menyantuni golongan asnaf dan mualaf di bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 3 petang ini telah diwarnai dengan kehadiran masyarakat dari golongan warga emas dan juga Mualaf.

Menurut Pegawai PERKIM , Muhammad Farhan Tee Abdullah, 37 beliau berkata, dengan kehadiran Mobile Clinic ini ia memberi peluang pada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan secara percuma.


“Alhamdulillah, saya lihat program ini sangat bagus, malah saya juga menjemput masyarakat yang terdiri daripada golongan mualaf untuk hadir bersama – sama melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Saya lihat sejak dari pagi lagi, mereka telah hadir dan saya fikir program pemeriksaan kesihatan ini sangat bermanfaat dan membantu untuk mengetahui tahap kesihatan mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, ini merupakan pertama kali program klinik bergerak berada di bangunan PERKIM, dan beliau berharap dapat bekerjasama bersama MAPIM untuk program yang akan datang.

Lebih 60 orang pesakit yang hadir melakukan pemeriksaan kesihatan dan menerima rawatan daripada doktor yang terlibat.

Menurut seorang pesakit, Muhammad Amin Fong, 70, yang merupakan seorang pelajar kelas agama di PERKIM ini, beliau menyatakan perasaan gembira apabila melihat bas Mobile Clinic dihadapan bangunan PERKIM.

“Saya pertama kali menerima rawatan di dalam bas, rasa seronok dan teruja. Saya berharap pihak MAPIM boleh laksanakan program Mobile Clinic ini secara berterusan, agar lebih ramai lagi masyarakat boleh menerima manfaat,” katanya.

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button