Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
SHANGHAI : Pihak berkuasa pusat kewangan di China menarik balik sekatan penuh di beberapa kawasan mulai semalam, walaupun sudah dilaporkan 25,000 kes jangkitan COVID-19.
Menurut pegawai bandar, Gu Honghui, tindakan tersebut bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menggerakkan semula kegiatan di bandar selepas dua minggu dikenakan sekatan penuh.
“Shanghai membahagikan tempat kediaman kepada tiga kategori risiko bagi membolehkan mereka berada di kawasan tanpa kes positif selama dua minggu,” ujar beliau pada satu taklimat media.
Tambahnya lagi, setiap daerah akan diumumkan nama khusus kumpulan pertama iaitu masyarakat yang kemudian dibahagikan kepada tiga kategori dan tiga senarai berikutnya akan diumumkan bila tiba masanya.
Selain itu, langkah itu dapat menjaminkan kelegaan buat sebahagian daripada 25 juta penduduk di bandar tersebut selepas bergelut untuk mencari makanan dan ubat-ubatan selepas lebih tiga minggu berkurung.
Strategi Beijing dalam usaha menangani penularan terbesar coronavirus di China sejak COVID-19 pertama kali ditemui di Wuhan pada akhir 2019, dengan melaksanakan perintah berkurung yang ketat.
“Shanghai akan membuat penyesuaian dinamik kepada sistem baru, usaha ini jauh lebih besar untuk meminimumkan kesan sekatan ke atas orang biasa di bandar paling ramai penduduk di China.
“Kami juga berharap semua rakyat dan rakan lain akan terus menyokong dan memberi kerjasama,” kata Gu.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mengkritik Langkah itu sebgaia risiko besar kerana kes jangkitan di Shanghai melebih 25,000 manakala ada pula yang berkata pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan.
Ketua kumpulan kerja Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Prof. Liang Wannian, berkata strategi China tidak akan berubah namun dasar pelepasan dinamik masih menjadi pilihan terbaik buat Shanghai.
“Memang mengelirukan melihat Omicron sebagai wabak besar dan mengurangkan kawalan akan mendedahkan warga emas kepada risiko besar.
“Masalah akan bertambah serius, terutama apabila virus bermuatasi, dan jika kami tidak melakukan apa-apa, wabak ini akan menjadi bencana kepada warga emas,” katanya.
Terkini, Shanghai merekodkan sebanyak 25,172 jangkitan tanpa gejala baru kelmarin dan meningkat daripada 23,937 pada hari sebelumnya, walaupun kes bergejala turun kepada 914 kes daripada 1,006 kes.
-AGENSI