DomestikKesihatanSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM terus terima kunjungan pesakit, mahupun cuti sekolah

KUALA LUMPUR: Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan usaha sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus menerima sambutan memberangsangkan daripada penduduk sekitar Wangsa Maju, hari ini.

Walau bagaimanapun, jumlah pengunjung tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, berikutan merupakan musim cuti sekolah jadi berkemungkinan penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Jumlah keseluruhan yang dicatat pada hari ini adalah seramai 66 pesakit dan majoritinya berbangsa Melayu.

Petugas sukarelawan terdiri daripada kumpulan MAPIM Malaysia sendiri, turut sama membantu sukarelawan dari Pusrawi International College Malaysia (PICOMS), Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan (MediCom) dan Mahsa University.

Kunjungan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma terdiri daripada kanak-kanak sehingga warga emas.

Khidmat pemeriksaan kesihatan ini memberi manfaat serta kebaikan kepada masyarakat terutama golongan asnaf, dibuka kepada semua faktor umur termasuk kaum berbilang bangsa dan agama.

Program yang berlangsung selama dua hari ini, bermula semalam hingga hari ini, bersebelahan Balai Polis Wangsa Maju.

Mobile Clinic MAIWP akan meneruskan lagi khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma ke lokasi seterusnya, khususnya kawasan penduduk asnaf dan mangsa terkesan dengan bencana.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button