
NAGASAKI : Nagasaki memperingati 76 tahun serangan bom atom oleh Amerika di bandar itu, dan Datuk Bandarnya mendesak Jepun, Amerika Syarikat, dan Rusia agar berusaha lebih banyak lagi bagi melenyapkan senjata nukleur.
Dalam pidatonya di Taman Perdamaian Nagasaki, Datuk Bandar Tomihisa Taue mendesak kerajaan Jepun agar memimpin usaha dalam membina zon bebas nuklear di Asia Timur Laut, supaya tidak berada di bawah payung nukleur AS. Kenyataan itu merujuk pada janji AS untuk menggunakan senjata nuklear bagi membela negara-negara sekutunya.
Taue juga menyeru Amerika Syarikat dan Rusia yang memiliki persenjataan terbesar, untuk melakukan lebih banyak usaha bagi perlucutan senjata nuklear. Dia juga menyuarakan keprihatinan yang negara-negara nuklear seperti mengabaikan usaha perlucutan senjata, dan malah membuat senjata nukleur yang lebih canggih.

Pada pukul 11:02 pagi, saat pesawat pengebom B-29 menjatuhkan bom plutonium, para mangsa yang terselamat Nagasaki dan peserta lain dalam upacara itu bertafakur selama satu minit untuk menghormati lebih dari 70,000 nyawa yang melayang.
Pengeboman pada 9 Ogos 1945 itu terjadi tiga hari setelah Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom pertama di dunia di kota Hiroshima, menewaskan 140,000 orang. Jepun menyerah pada 15 Ogos, mengakhiri Perang Dunia II.