Nahas pesawat di Elmina: MAPIM rakam ucapan takziah
SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa nahas pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan Elmina petang tadi.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi, insiden itu sangat menyayat hati semua rakyat Malaysia serta sangat mengejut dan menyedihkan.
“Kami harap seluruh keluarga mangsa tabah dan sabar menerima takdir Illahi ini“.
“Kami mengharapkan juga siasatan punca nahas tersebut dilaksanakan segera dan segala syarat serta keselamatan pesawat persendirian disemak dengan teliti“, kata Cikgu Azmi dalam satu kenyataan media.
Menurutnya lagi, pimpinan tertinggi serta seluruh warga kerja MAPIM Malaysia mendoakan agar roh setiap mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.
Hiba menyelubungi ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian jet peribadi terhempas di Elmina petang tadi.
Video oleh: Saddam Yusof / @kosmo_online #HotFM #Pesawat #Elmina pic.twitter.com/17luiYK7lL
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) August 17, 2023
Lagi rakaman ‘dashcam’ tunjuk detik-detik cemas saat pesawat persendirian berlepas dari Langkawi ke Subang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, petang tadi.#buletintv3 #PesawatTerhempas#Elmina #ShahAlam pic.twitter.com/0qjGM2xOZM
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 17, 2023
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 individu maut dengan 8 daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.
Menurut beliau, dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.
Detik-detik cemas saat pesawat persendirian berlepas dari Langkawi ke Subang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, petang tadi.#BuletinTV3 #PesawatTerhempas #Elmina #ShahAlam pic.twitter.com/JB75EkWA4l
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 17, 2023
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ ۞