Domestik

Nasib hidup seorang nelayan

Abang Samad terpaksa berkorban

Sabak Bernam : Misi Ummah Bantu Ummah di Sabak Bernam tidak mudah. MAPIM Malaysia perlu menghantar bantuan melalui sungai Sabak Bernam. Untuk menyelusuri sungai Sabak Bernam, MAPIM Malaysia mendapatkan khidmat Abang Samad seorang nelayan pesisir.

Berat tetapi berat lagi amanah yang dipikul

Abang Samad ketika itu berbaju merah dengan seluar jean biru gelap. Tubuhnya kurus dengan kulit yang jelas dibakar matahari laut. Dia seorang yang ramah dan daripada dialah wakil MAPIM dimaklumkan realiti sebenar kehidupan seorang nelayan.

Abang Samad dan Tuan Haji Faris Hussain

“Memanglah kami boleh dapat dua ribu sebulan, tetapi minyak pun dah 50 ringgit sehari.”

Menurut Abang Samad, semakin jauh bot mereka pergi semakin banyak kos minyak yang perlu dikeluarkan. Tetapi itulah dilema dan risiko yang perlu mereka hadapi. Ada masanya untung, ada masanya rugi.

Itu belum lagi dikira dengan kos lain. Sekiranya jala rosak, ada kos lagi yang perlu dikeluarkan. Kos penyelengaraan enjin dan bot juga tidak murah. Itu semua menguras pendapatan yang sudah sedia sedikit. Belum berbicara lagi dengan harga ikan yang marginnya sangat nipis. Cuaca pula bukan selalu bersahabat, ada masanya ia menjadi musuh dan tidak akan ada pendapatan pada hari itu.

Semua itu hanya membuatkan mereka yang mendengar menjadi sebak.

Walaupun begitu Abang Samad masih bersyukur kerana masih dapat menjalankan aktiviti menangkap ikan semasa zaman pandemik covid 19. Pendapatan kurang tetapi masih ada untuk diberi makan kepada keluarga. Yang penting cukup, kerana apabila cukup masih ada peluang hidup. Cuma tetap ada rakan-rakan nelayan dia yang terpaksa mengikat perut.

Mengangkut bantuan melalui jeti
Setiap hari belajar benda baru
Abang Samad rajin membantu
Abang Samad menceritakan realiti hidup sebagai nelayan
Perlu berhati-hati

Meneruskan Misi Ummah Bantu Ummah

Menurut Tuan Haji Faris Hussain, ketua Misi Ummah Bantu Ummah, “Kita datang menghulurkan bantuan ini bukan sahaja untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi untuk membantu diri kita sendiri supaya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Ini semua pengalaman untuk kita ambil pengajaran.”

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button