DomestikSemasa

Nasib ibu tunggal dapat perhatian MAPIM

AMPANG : Betapa besarnya peranan ibu dan ayah dalam membesarkan anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah, memastikan makanan dan pendidikan yang secukupnya.

Namun, besar lagi pengorbanan apabila kehilangan orang tersayang dan perlu menjalankan tanggungjawab seorang diri membesarkan anak yang ramai.

Demikian adalah dugaan yang menimpa Farah Mohammad Noor, 42 seorang ibu tunggal yang kehilangan suami akibat Covid-19, kini beliau membesarkan anak seorang diri.

“Itulah berat juga tanggungjawab yang saya perlu pikul, tetapi biarlah walaupun seorang diri, yang penting anak-anak saya makan minum dan sekolah semua cukup.

“Kadang-kadang ada jugaklah rasa putus asa, tetapi bila terkenangkan arwah suami saya, sudah pasti dia mahu saya terus kuat jaga anak-anak agar membesar jadi orang yang berjaya,” katanya.

Alhamdulillah, maklumat terkini diterima daripada sukarelawan MAPIM yang menjadi wakil menghantar bantuan mengenai Farah, beliau kini telah mendapat pekerjaan sebagai ‘tea lady’.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menyampaikan bantuan berupa kotak makanan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan di PPR Hiliran Ampang.

MAPIM memang sentiasa peka dan mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang terjejas dari segi keperluan hidup untuk berhubung dengan mereka bagi mendapatkan bantuan.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button