RamadanSemasa

Nuzul Al-Quran: mukjizat agung ini akan beri syafaat di akhirat kelak

PUTRAJAYA: Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat Al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan dari ayat-ayat suci Al-Quran.

Datuk Seri Anwar menerusi catatan di Facebook beliau bersempena Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini berkata kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.

Beliau berkata ia juga sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.

“Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-Allah,” pesan PMX.

Anwar berkata dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun ke-2 Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Pada malam Nuzul Quran,  Perdana Menteri dan isteri telah  berbuka puasa dan meraikan lebih 1,000 pemimpin serta ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.

Para jemputan juga dapat mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan Dr Muhammad Nur Manuty seputar pesan Syekh Yusuf al Qaradhawi berkaitan keberkatan Ramadan.

Manakala Solat Tarawih dan Witir pada malam Jumaat itu dipimpin oleh Syekh Umumil Maqari’ Mesir, Prof Dr Syekh ‘Isa Al Ma’sarawi.

BACA JUGA
Remaja di Baitulmaqdis jadi mangsa peluru israel

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button