PalestinSemasa

Nyawa penduduk Palestin terancam, diserang bertalu-talu di jalan raya

RAMALLAH : Dua rakyat Palestin cedera , manakala, seorang kritikal dalam serangan rejim Zionis ke atas kenderaan yang dinaiki mereka di Tebing Barat, lapor agensi berita WAFA.

Seorang saksi memberitahu, pendatang Israel itu bertindak menyerang rakyat Palestin dengan membaling batu dan  memecahkan cermin kereta sehingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu terbalik.

Dilaporkan pemandu tersebut cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital manakala anaknya yang berada di dalam kereta mengalami cedera ringan.

Dalam insiden berasingan seorang warga Palestin cedera apabila pendatang Israel menyerang keretanya yang terletak di Duma, selatan Nablus.

Kejadian dan serangan sama dilakukan rejim Zionis semalam terhadap sebuah  kereta yang dinaiki  warga Palestin sehingga mengakibatkan seorang remaja  perempuan  berusia 15 tahun  cedera di jalan menuju utara Tebing Barat.

Sejak kebelakangan ini, rejim Israel bertalu-talu melakukan serangan  terhadap penduduk Palestin di jalan raya  Tebing Barat sehingga mengancam nyawa mereka.

Bukan sahaja diserang di atas jalan raya, malah, rumah penduduk  Palestin turut menjadi sasaran tentera Zionis di seluruh kawasan Tebing Barat.

Oleh Nurshazlin Shahrom

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button