Lepas bersara, mulakan bakti dengan `Infaqmall’
Premis barang terpakai kepada yang memerlukan
KEPALA BATAS : Penduduk di utara tanah air yang memerlukan baju persalinan harian namun tidak berkemampuan boleh mendapatkannya di Infaq Mall yang ditubuhkan oleh sepasang suami isteri.
Pasangan itu memanfaatkan persaraan mereka dengan kegiatan kebajikan menerusi pengwujudan premis sumbangan atau infaq bagi membantu mereka yang memerlukan.
Saad Yaacob, 64, dan isterinya, Robiah Che Mat, 63, dari Kampung Permatang Rambai, Penaga, bersara pada penghujung tahun 2018 sebelum bergiat serius dalam kegiatan infaq.
Sebaik bersara, bapa kepada tiga anak itu mengajak isterinya yang juga pesara kerajaan, menyertai usaha itu sehingga terwujudlah ‘Infaqmall’.
Premis ini menyimpan pakaian, kasut, pinggan mangkuk dan barang mainan terpakai selain pelbagai makanan kering untuk disumbangkan kepada masyarakat setempat.
Saad mengakui berdepan pelbagai cabaran di peringkat awal penubuhan Infaqmall, ekoran ramai yang kurang yakin ia boleh berjaya.
“Rata-rata mereka menganggap usaha kami tidak tidak berbaloi kerana aktiviti kebajikan tidak memberi pulangan. Kami sabar sahaja kerana niat kami bukan mahukan pulangan, sebaliknya ingin membantu golongan memerlukan.”
“Kami juga berharap lebih ramai menyedari kepentingan infaq dan datang menyumbang dengan menghantar pakaian serta barangan terpakai lain.
“Ada juga yang menyumbang dari segi kewangan dan ia digunakan untuk membeli barang makanan kering seperti beras, gula dan minyak sebelum disalur kepada asnaf,” katanya.
Saad berkata, golongan berkemampuan mungkin mempunyai lambakan pakaian tidak digunakan lagi, namun semua itu besar nilainya untuk kepada golongan terbabit.
Bertitik-tolak daripada itu, katanya, timbul hasrat pasangan suami isteri itu untuk membantu dan lebih 100 pakaian terpakai diambil setiap hari.
Saad bersyukur apabila usahanya bersama isteri semakin mendapat sambutan penduduk kampung yang turut menjadi sukarelawan.
“Setakat ini saya mempunyai antara 18 hingga 20 sukarelawan yang membantu dan dikenali sebagai Skuad Infaq. Saya anggap mereka seperti keluarga sendiri kerana sanggup datang berkemas dan membuat pengkelasan barang diterima yang bukan kerja mudah,”
Infaqmall beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam bergantung kepada kelapangan, namun mereka yang mahukan pakaian terpakai boleh mengambilnya tanpa mengira masa kerana diletakkan di luar premis. – Berita Harian
*________________________________________________________________________________________
Semarakkan infaq akhirat anda untuk ummah semoga ia menjadi bekalan kita di akhir nanti.
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066