NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara anggota meningkatkan pembiayaan dana untuk membantu lebih 2 juta rakyat Palestin, memandangkan terdapat keperluan mendesak, selepas serangan israel ke atas kem pelarian di wilayah yang diduduki di bandar Jenin di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.
“Disebabkan kerosakan infrastruktur yang ketara, keseluruhan kem itu terputus bekalan air dan beberapa penduduk hilang tempat tinggal”, kata Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau berkata PBB akan mengutamakan untuk membaiki sistem rangkaian air dan pembetung dalam beberapa hari akan datang, selain mengagihkan bekalan makanan dan bantuan tunai serta sokongan psikososial, terutama kepada kanak-kanak.
Jenin Now! pic.twitter.com/gWwNSeCzVW
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) July 4, 2023
Beliau berkata langkah untuk mengurangkan risiko bahan letupan yang tidak meletup juga amat kritikal.
“Untuk menyokong usaha ini, kami menggesa negara anggota untuk meningkatkan pembiayaan mereka untuk tindak balas kemanusiaan“, katanya.
Pelan tindak balas kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki hanya mendapat pembiayaan sebanyak 20%.
Sementara itu, Penyelaras Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang diduduki, Lynn Hastings, turut memberikan taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Jenin baru-baru ini.
Majlis 15 anggota itu mengadakan rundingan pada Jumaat untuk membincangkan serangan israel ke atas Jenin.
Tentera israel berundur dari Jenin pada awal Rabu, menamatkan operasi ketenteraan terbesarnya di bandar itu dalam tempoh lebih 20 tahun.
The lsrasli aggression on Jenin: 10 Palestinians killed, more than 100 injured, 20 critical. pic.twitter.com/kvcpU4Vhng
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 4, 2023
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dan lebih 140 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Serangan yang bermula pada Isnin itu turut menyebabkan kemusnahan di seluruh bandar di Tebing Barat, dengan berpuluh-puluh rumah, kenderaan, kedai dan utiliti musnah.
BACA JUGA
Jenin Berdarah: Kami dijadikan perisai manusia
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia