
ANKARA: Tor Wennesland, Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat pada Isnin mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera israel.
“Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun, yang cedera parah akibat tembakan pasukan keselamatan israel di Al-Nabi Saleh,” lapor media Anadolu yang memetik Tor Wennesland di platform Twitter.
(1/2) I condemn and am deeply saddened by the death of a 2-year old Palestinian boy, who was critically injured by Israeli security forces’ gunfire in Al-Nabi Saleh two days ago. IDF said they were responding to a shooting from the area by Palestinian gunmen…
— Tor Wennesland (@TWennesland) June 5, 2023

“Orang awam, khususnya kanak-kanak terus menanggung beban konflik ini” tegas beliau dan menggesa pihak berkuasa israel supaya mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.
Awal hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Mohammed Al-Tamimi, 2, yang cedera parah pada Khamis apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. Bapanya juga cedera dalam serangan itu.
Tentera Israel menuduh, siasatan awal menunjukkan dua lelaki Palestin yang kononnya bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah penempatan berhampiran menyebabkan tentera israel bertindak balas.
Tentera mengaku tersalah tembak kanak-kanak itu dan kesal telah memudaratkan mereka yang bukan pejuang dan berusaha untuk mencegah kejadian seperti itu.
Watch: A sad farewell to Mohammed Al-Tamimi, a 2-year-old Palestinian toddler, who tragically succumbed to death at the hands of ‘Israel’ in the village of Al-Nabi Saleh near Ramallah, today. pic.twitter.com/aRbKHN7NKP
— Quds News Network (@QudsNen) June 5, 2023
Bapa kanak-kanak itu menafikan naratif israel dan mendakwa tidak belaku berbalas tembak di kawasan itu, sebaliknya menegaskan tentera israel terus melepaskan tembakan ke arah keretanya.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang dicerobohi sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serbuan berulang israel ke bandar-bandar Palestin.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia