TEBING BARAT: Seorang pemuda muslim ditembak mati oleh penjajah israel semasa konfrontasi antara pasukan penceroboh israel dengan orang awam yang tidak bersenjata di bandar Azzun, sebelah timur Qalqilya di Tebing Barat yang dijajah, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurutnya dalam satu kenyataan, Ayed Azzam Saleem, 20, meninggal dunia sejurus cedera parah akibat tembakan zionis israel di perut dan dada.
Saksi di bandar itu berkata, askar penjajah israel secara langsung melepaskan tembakan ke arah anak muda Palestin yang berdemonstrasi di pintu masuk bandar itu sebagai protes terhadap kekejaman israel setiap hari di Palestin.
Saleem, yang pada awalnya dilaporkan cedera parah, dikejarkan ke Hospital Awam Darwish Nazzal berhampiran di mana dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya.
Mother of Ayed Saleem holds her son for the last time after he was killed by the lsraeli occupation forces yesterday near Qalqilya city. pic.twitter.com/McoPlXBojo
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 9, 2023
Jenayah israel terbaharu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera zionis sejak awal tahun ini kepada 95, termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita warga emas.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia