DuniaInspirasiSemasa

Pengakhiran seorang pemuda lelaki dalam ‘Husnul Khatimah’

Setiap orang Islam mengimpikan pengakhiran kehidupan yang baik dan dicemburui iaitu husnul khatimah, kerana mereka akan menghadap yang Maha Pencipta dalam keadaan paling bersih dan suci.

Mungkin itulah yang terjadi kepada seorang pemuda di Indonesia.

Menerusi perkongsian Kabri Saibun, insiden itu melibatkan sahabat baiknya sendiri, Allahyarham Muhammad al-Fatih Syukur.

Difahamkan, arwah Al-Fatih merupakan pelajar dan seorang ‘Hafiz’ Al-Quran (khatam 30 juz) di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Selain mempunyai ilmu agama yang tinggi, arwah juga merupakan seorang pemuda yang berakhlak mulia.

Arwah meninggal dunia ketika sedang tidur di biliknya, sedangkan arwah tidak mengalami sebarang penyakit dan perkara ini memberi kejutan kepada orang yang mengenalinya.

Apa yang lebih menyentuh hati, arwah ditakdirkan kembali kepada yang Maha Pencipta dalam keadaan sedang berpuasa sunat dan beribadah.

Kabri menulis satu hantaran di Facebooknya;

“Alhamdulillah, pada hari Jumaat masih diberi kesempatan untuk ikut solat jenazah mu. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un, arwah berpulang dalam keadaan berpuasa. Semoga dilapangkan kuburnya, diterima amal ibadah, dicatat sebagai syahid, di tempatkan syurga-Nya. Al-Fatihah.”

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button