DomestikSemasa

Penganggur Ditahan di Alor Gajah, Miliki Heroin dan Syabu Bernilai Lebih RM1,300

Seorang lelaki penganggur berusia 26 tahun telah ditahan pihak polis pada Ahad lalu selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM1,300.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ahmad Abu Bakar berkata, suspek ditahan sekitar jam 4.20 petang ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek positif ujian saringan air kencing dan mempunyai empat rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kini direman selama enam hari bermula 5 Januari bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman berat, termasuk hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Polis kini sedang giat mengesan rangkaian sindiket yang terlibat dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah kepada pihak berkuasa.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button