Covid19Semasa

Penggunaan katil ICU di Johor, Kuala Lumpur melebihi 50 peratus

PUTRAJAYA : Jumlah enggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di dua negeri melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri tersebut adalah Johor yang kini sudah menggunakan 46 katil wad ICU merangkumi 63 peratus keseluruhan katil yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19.

“Selain itu di Kuala Lumpur, bilangan katil di wad ICU ada 22 katil dan peratusan pengisiannya kini sudah mencapai 50 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memaklumkan pengisian katil bagi wad bukan ICU sudah melebihi 50 peratus melibatkan lapan negeri.

“Negeri berkenaan ialah Selangor (100 peratus), Kelantan (84 peratus), Perak (87 peratus), Perlis (80 peratus), Sabah (82 peratus), Putrajaya (86 peratus), Johor (86 peratus) dan Kuala Lumpur (84 peratus).

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) beberapa negeri menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga kini terdapat 4.05 peratus penggunaan alatan berkenaan.

“Jika termasuk kes bukan Covid-19, penggunaannya adalah 37 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,867 alat bantuan pernafasan di negara ini,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button