Semasa

Peniaga boleh rugi

Isu harga daging tempatan

PUTRAJAYA : Harga daging segar tempatan diumumkan Kementerian Pertanian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyebabkan kerugian kepada peniaga.

Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Malaysia, Hussain Jaapar berkata, harga yang diumumkan iaitu RM34 dan RM36.50 di Semenanjung serta Sabah adalah harga di bawah kos pengeluaran disebabkan kanaikan kos makanan yang telah berlaku.

“Harga ditetapkan tersebut adalah tidak munasabah dan merupakan satu kesilapan. Kelab GTR Malaysia mewakili lebih 5,000 ahli berdaftar daripada penternak ruminan seluruh Malaysia ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya atas keputusan (penetapan harga) ini. Kami menyusul agar KPDNHEP menarik balik penetapan harga ke atas daging segar tempatan dengan kadar segera,” – Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Malaysia / Hussain Jaapar

Mereka menjadikan Sarawak sebagai contoh yang hanya mengenakan penetapan harga ke atas daging import manakala daging tempatan diniagakan secara bebas berdasarkan permintaan dan bekalan. Ia sangat ideal kerana pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan sumber daging yang murah.

Kenaikan kos makanan ini berlaku awal tahun lalu lagi, namun masih tiada tindakan. Mereka seru kerajaan agar mencari jalan untuk mengawal perkara ini dan jadikan bahan mentah sebagai satu barang kawalan

Mengulas lanjut, Hussain berkata, penetapan atau kawalan harga ke atas daging segar tempatan perlu ditangguhkan terlebih dahulu jika kawalan kos makanan masih belum selesai.

Beliau turut mencadangkan harga daging segar tempatan dinaikkan kepada RM40 sekilogram.

“Kenaikan ini tidak menjadi masalah kerana harga daging import masih terkawal. Orang ramai iaitu pengguna mempunyai pilihan yang luas. Kami harap KPDNHEP terima pandangan ini kerana kami lebih tahu kos bagi penternakan fidlot dan kos penternakan secara integrase,” – Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Malaysia / Hussain Jaapar

Selain itu, katanya, kenaikan tersebut perlu dilakukan bagi menghalang peniaga-peniaga daripada menipu pelanggannya.

“Maknanya kalau harga masih tidak turun,penternak tidak akan sembelih lembu mereka atau pelanggan dapat daging yang ditipu. Daging yang ditipu maksudnya peniaga tidak jujur, mereka akan gunakan daging kerbau atau sejuk beku dan cakap ia daging segar. Ini yang akan berlaku kalau harga kekal,” – Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) Malaysia / Hussain Jaapar

– Sinar Harian

Oleh Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button